Merujuk kepada beberapa laporan media berkaitan penamatan lantikan selaku Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Seri Zurainah Musa mengesahkan telah menerima surat daripada pejabat Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil yang telah memendekkan tempoh lantikan sebagai Pengerusi FINAS selaras dengan kuasa Menteri di bawah Sekyen 4(2) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.